Khamis, 30 Ogos 2012

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Posted: 30 Aug 2012 08:32 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEMERDEKAAN

Posted: 30 Aug 2012 04:56 AM PDT


MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Man beaten and robbed as bystanders watch | Free Malaysia Today

Posted: 30 Aug 2012 02:29 AM PDT

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

Philosophy Politics Economics

Philosophy Politics Economics


Register to Vote This Weekend at 30 Locations Nationwide!

Posted: 30 Aug 2012 08:41 PM PDT

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng


Sebangsa, senegara, sejiwa

Posted: 30 Aug 2012 08:03 AM PDT

DAP 2012 Merdeka Day Message(en/bm/cn)

Posted: 30 Aug 2012 07:34 AM PDT

DAP 2012 Merdeka Day Message by DAP Secretary-General and Penang Chief Minister Lim Guan Eng in Kuala Lumpur on 30 August 2012.

For Malaysia To Win The Future We Must Not Only Invest In Human Talent But Also Implement People-Centric Policies That Match Ability And Opportunity.

As Malaysia's celebrates our 55th Merdeka celebrations, the critical question is how can Malaysia escape the middle-income trap and become a high-income and developed economy by 2020. The 2012 Wealth Report, recently released by Knight Frank and CitiPrivate Wealth, identified the key drivers of growth as human capital, a dynamic business environment, capital mobility, openness to trade and foreign direct investment.

The 2012 Inclusive Wealth Report 2012 by the United Nations stresses on human capital as a definition of a nation’s true wealth. In other words if we want to win the future we build, retain and attract human talent. For Malaysia to win the future we must not only invest in human talent but also implement people-centric policies that match ability and opportunity.

The time has come to focus on people-centric policies that makes Malaysians more united and competitive, operating in an eco-system that enjoys integrity in leadership and good governance. Malaysians must not allow ourselves to be distracted by cronies who wants to divide us with mediocrity as well as provoke racial and religious hatred so that cronies can continue to rob our country with bad governance and corruption.

The various transformation programmes carried out by Prime Minister Najib Tun Razak will finally fail so long as there is no open tenders, public declaration of assets, full disclosure of government contracts or transparent and accountable decision-making by government institutions. This was most evident when a Malaysia
Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM) survey discovered 72.9% of Malaysia's Chinese business community are unhappy with the state of the economy and are not optimistic of Malaysia's success in escaping the middle-income trap.

With many small and medium enterprises or SME's not benefiting from BN's government's transformation programmes, SME's faces increase in operating costs and prices of raw materials, shortage in manpower, and domestic competition. The latest attempt to punish whistle-blowers such as PKR director of strategy Rafizi Ramli for exposing the RM250 million National Feedlot "cows and condos" scandal, only highlights the singular lack of commitment towards fighting corruption.

Malaysians must unite based on common values of justice, freedom, equal opportunity, integrity and fair competition so that we reward not just hard work and honesty but ensures that the rich or the poor, the skilled or unskilled can find rewarding work to live in dignity.

Lim Guan Eng

—-BM Version—
Perutusan Hari Merdeka 2012 DAP oleh Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2012.

Demi Mencapai Kemenangan Masa Depan, Kita Bukan Sahaja Harus Melabur Dalam Modal Insan Tetapi Juga Melaksanakan Dasar-Dasar Berjiwa Rakyat Yang Sesuai Dengan Keupayaan Dan Peluang.

Sementara Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-55, soalan yang harus ditanya adalah bagaimanakah Malaysia boleh mengelak perangkap pendapatan sederhana dan menjadi ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Mengikut laporan Wealth Report 2012 yang baru dikeluarkan oleh Knight Frank dan CitiPrivate Wealth, pemacu-pemacu utama pertumbuhan merupakan modal insan, suasana perniagaan yang dinamik, mobiliti modal serta keterbukaan kepada perdagangan dan pelaburan langsung asing (FDI).

Laporan Inclusive Wealth Report 2012 oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu telah menekankan modal insan sebagai penanda kekayaan sebenar sesebuah negara. Dalam erti kata lain, jika kita mahu mencapai kemenangan masa depan, kita harus membina, mengekalkan dan menarik modal insan. Demi mencapai kemenangan masa depan, kita bukan sahaja harus melabur dalam modal insan tetapi juga melaksanakan dasar-dasar berjiwa rakyat yang sesuai dengan keupayaan dan peluang.

Masa sudah tiba untuk menumpukan perhatian kepada dasar-dasar berjiwa rakyat yang menjadikan rakyat Malaysia lebih bersatu dan berdaya saing, serta beroperasi dalam ekosistem yang menikmati kepimpinan berintegriti dan tadbir urus yang baik. Rakyat Malaysia tidak harus membenarkan para kroni yang ingin memecah belahkan kita dengan provokasi perkauman dan agama supaya mereka boleh terus merompak negara kita dengan rasuah dan tadbir urus yang tidak baik.

Program-program transformasi yang dijalankan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak bakal mencapai kegagalan selagi tidak melaksanakan tender terbuka, pengisytiharan harta secara terbuka, pendedahan penuh kontrak-kontrak kereajaan atau proses membuat keputusan yang telus dan bertanggungjawab oleh institusi-institusi kerajaan. Ini jelas apabila kaji selidik Malaysia Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM) telah mendapati bahawa 72.9% daripada komuniti perniagaan Cina Malaysia berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi dan tidak optimistik bahawa Malaysia dapat mengelak daripada jerat perangkap pendapatan sederhana.

Oleh kerana kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (SME) tidak bermanfaat daripada program-program transformasi kerajaan BN, maka SME-SME sekarang menghadapi kos operasi dan bahan mentah yang kian meningkat, kekurangan pekerja dan persaingan domestik. Percubaan terbaru untuk menghukum peniup wisel seperti Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kerana mendedahkan skandal "lembu dan kondo" National Feedlot yang bernilai RM250 juta, hanya menonjolkan kekurangan komitmen dalam usaha membanteras korupsi.

Rakyat Malaysia harus bersatu berdasarkan nilai-nilai sejagat seperti keadilan, kebebasan, peluang saksama, integriti dan saingan adil supaya ganjaran akan dikaut oleh mereka yang bekerja keras dan jujur dan juga untuk memastikan bahawa semua, tidak kira yang kaya atau miskin, yang mahir atau tidak mahir, dapat mencari pekerjaan yang mendatangkan kepuasan dan kehidupan yang bermartabat.

—-Mandarin Version—

民主行动党秘书长兼槟州首席部长林冠英于2012年8月30日发表国庆日献词:

马来西亚若要赢得未来,我们不只应该投资在人力资源 ,也应该推行能够与才能、机会相配的以民为本政策。

正当我们庆祝55周年国庆之际,现在最关键的问题是马来西亚如何能够逃出中等收入陷阱,在2020年成为高收入及发达经济国家。弗莱克(Knight Frank)和花旗私人银行(Citi Private Wealth)发表的2012年财富报告认为,成长的关键动力为人力资源、有活力的商业环境、资本流动、开放的贸易及外来投资政策。

联合国2012年包容性财富报告强调人力资源反映一个国家的真正财富。换句话说,如果我们要赢得未来,我们必须培养、留住及吸引人才。若要赢得未来,我们不只必须投资在人力资源,也必须推行能够与才能、机会相配的以民为本政策。

是时候把焦点放在以民为本政策 ,让我国更加团结、更具竞争性,并且提供一个领导廉洁及良好施政的运作环境。马来西亚人不能容许那些利用平庸、种族及宗教仇恨的朋党分化我们,这些人得逞后只会继续以腐败施政及贪污掠夺我国的财富。

若没有公开招标、公布民选高官财产、全面公布政府合约、政策推行的透明及问责制度,首相纳吉所推行的转型政策必将失败。 最明显的是马来西亚中华工商总会所做的调查显示,72.9%的马来西亚华商不满现有的经济状况,对于马来西亚能否逃离中等收入陷阱也不表乐观。

还有许多中小型企业也没有从国阵的转型计划中获益。这些中小型企业面对运作成本增加,原料价格上涨、人力资源短缺、国内竞争。最近当局企图惩罚吹哨者的动作,如:起诉公正党政策主任拉菲兹揭露2亿5000万令吉的"公寓养牛"丑闻,这显示政府在肃贪行动方面软弱无力。

马来西亚人必须在公正、自由、公平机会、廉洁及公平竞争的基础上团结一致,我们不仅奖赏勤勉及诚信,我们也确保不论贫富、有无技能的人士能够找到报酬合理的工作,活得有尊严。

林冠英

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


CERAMAH MERDEKA

Posted: 29 Aug 2012 04:23 PM PDT


Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49

Posted: 29 Aug 2012 08:50 PM PDT

Salam sejahtera,

Pada tahun ini kita akan meraikan sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan juga sambutan Hari Malaysia yang ke-49.

Kemerdekaan bukan sahaja boleh diertikan bebas daripada penjajahan kuasa luar, malah rakyatnya mestilah bebas daripada sebarang penindasan dan pemerasan, bebas mengamalkan hak berdemokrasi dan mengamalkan hak masing-masing sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama, budaya dan fahaman politik.

Setelah lebih lima dekad kita meraikan kemerdekaan daripada penjajahan kuasa luar, marilah kita bertekad dan beriltizam sebagai rakyat yang Sebangsa, Senegara, Sejiwa menolak sebarang bentuk penjajahan, penindasan dan ketidakadilan yang kini semakin mencengkam untuk mengubah negara yang kita cintai ini kepada sebuah negara yang benar-benar merdeka, mengamalkan hak berdemokrasi yang sebenar, benar-benar menjaga hak dan keadilan untuk semua rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama, budaya dan fahaman politik serta membentuk sebuah negara yang lebih baik untuk kita wariskan kepada generasi yang akan datang.

Akhir kata, saya dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat, mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-55 dan selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh rakyat Malaysia samada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi RM5.125 Bilion

Posted: 29 Aug 2012 07:00 PM PDT

SHAH ALAM 29 OGOS : Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan.

Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara.

Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian.

Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor," kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Jelas Teresa, daripada 106 projek yang diluluskan sebanyak 63 buah merupakan projek baru yang membawa pelaburan sebanyak RM3.3 bilion manakala 43 merupakan projek pembesaran dan pelbagai.

Di kalangan pelabur asing, Switzerland menanam pelaburan asing yang paling besar dengan nilai pelaburan sebanyak RM246 juta, diikuti Jerman dengan RM196 juta dan Singapura dengan RM139 juta.

"Indusrti Pembuatan Barangan Peralatan Kenderaan mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi dengan 19 projek.

"Ini diikuti Industri Pembuatan Kimia dan Barangan Kimia sebanyak 17 projek.

"Manakala, Industri Pembuatan Mesin dan Peralatan mencatatkan 11 projek," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau juga memaklumkan industri pembuatan barangan peralatan kenderaan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi berjumlah RM2.2 bilion.

Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak RM448 juta.

Manakala industri pembuatan barangan logam asas mencatatkan pelaburan ketiga tertinggi bernilai RM422 juta.

"Industri pembuatan peralatan kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan tertinggi dengan 3,056 pekerjaan.

"Ini diikuti industri pembuatan mesin dan peralatan sebanyak 994 dan industri pembuatan barangan minuman dan tembakau sebanyak 876 peluang pekerjaan," katanya.

Sumber: Selangorku

Ganguan Air Disebabkan Paip Syabas Bocor, Tidak Diselengara

Posted: 29 Aug 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS : Perkhidmatan air di beberapa kawasan Selangor memgalamai ganguan ekoran kegagalan Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelenggara paip dan saluran dengan baik sehingga menyebabkan kebocoran.

Ini menyebabkan bekalan air terawat di kawasan-kawasan itu terpaksa dihentikan buat seketika untuk kerja-kerja pembaikan dilakukan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita masih mendapati bahawa Syabas tidak begitu disiplin dari segi menjaga alat dan paip sehinggakan terdapat beberapa kebocoran yang berlaku."

Beliau berkata kebocoran bekalan air terawat ini dikesan melalui jawatankuasa khas pemantau operasi harian Syabas.

Abdul Khalid berkata demikian di dalam sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini petang tadi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Kerajaan Selangor akan bertemu empat syarikat konsesi yang mengendalikan aset air terawat di Selangor bagi menyelesaikan penstrukturan semula air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tawaran kepada keempat-empat syarikat terbabit akan dilaksanakan pada minggu kedua September depan.

Empat syarikat konsesi air itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).

"Kerajaan Negeri juga sudah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA) yang bersetuju supaya kita mengemukakan beberapa usaha supaya penyusunan semula industri air dilakukan secara holistik.

"Kita juga akan turut membentangkan cadangan dan kertas kerja berhubung perkara ini pada minggu kedua bulan September," katanya.

Sumber: Selangorku

MPK : Penduduk Klang Harus Siap Sedia Banjir

Posted: 29 Aug 2012 02:00 AM PDT

KLANG 29 OGOS : Penduduk sekitar Klang khususnya kawasan tepi sungai dan yang pernah banjir harus bersiap sedia terhadap kemungkinan berlaku banjir lagi minggu ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran bahawa banjir dijangkakan boleh berlaku dari 31 Ogos hingga 5 September depan berdasarkan laporan kaji cuaca.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ihsan Mukri berkata taburan hujan lebat sepanjang tempoh itu boleh menyebabkan banjir besar seperti 20 Mac lalu.

"Mengikut laporan itu juga, paras air sungai dan laut meningkat ke paras 5.3 meter. Jika dilihat masa kini paras air sudah mencecah 4.8 meter," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Bagaimanapun, pihak MPK dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan itu.

"Pihak kami sudah siapkan tenaga kerja 24 jam, logistik dan sebagainya. Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1800-88-23-826," katanya.

Beliau turut meminta kerjasama dari penduduk supaya membersihkan saliran longkang di rumah supaya tidak tersumbat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerja-kerja menaiktaraf dan menyelengara sistem saliran, mendalamkan dan meluaskan tiga sungai di Klang akan bermula akhir September depan dan dijangka siap awal tahun depan.

Ia sebagai langkah mengawal bencana banjir dan kos keseluruhan projek terbabit meliputi RM 5.2 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

Tiga sungai itu melibatkan Sungai Aur, Sungai Sireh dan Sungai Pileh yang kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat.

Beliau berkata MPK juga akan membina kolam tadahan di Bayu Perdana agar dapat mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Sumber: Selangorku

Kerajaan Negeri Jamin Terus Beri Air Percuma

Posted: 29 Aug 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 29 OGOS : Kerajaan Negeri memberi jaminan akan meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat di negeri ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk terus memerintah Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri memiliki rizab simpanan tunai yang mencukupi malah meningkat sehingga RM2.1 bilion pada suku kedua tahun ini, berbanding RM1.9 bilion sebelumnya.

Kenyataan Abdul Khalid itu sekaligus menyangkal dakwaan Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Amir Baharuddin yang mengatakan Selangor bakal berdepan defisit serius sekiranya meneruskan dasar pemberian air percuma kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan air di negeri itu.

"Ada juga ahli akademik yang tidak pandai mengira. Apa yang penting ialah rakyat melihat apa yang sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri baik dari segi pemberian air percuma, peningkatan rizab negeri dan keupayaan melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.

Dakwanya lagi, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, sebaliknya bergantung kepada kutipan cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menolak kenyataan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang mengatakan tiada kenaikan tarif air sekiranya projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap.

Beliau berkata, Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air masih gagal memahami isu pembinaan Langat 2 yang sememangnya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.

Katanya, dana itu perlu dibayar sama ada melalui kutipan cukai atau kos tarif yang akan disalurkan untuk pelaksanaan projek tersebut.

"Tiada apa yang percuma walaupun dia memberi geran kepada Negeri Selangor. Ini kerana geran itu adalah hasil daripada kutipan cukai rakyat. Maknanya kita sudah bayar kepada Kerajaan Pusat lebih awal.

"Kenyataan Chin itu melihatkan beliau sebenarnya kurang faham tentang penggunaan belanjawan negara. Sebab itulah beliau tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan," sindir Abdul Khalid.

Sumber: Selangorku

Jawatankuasa Khas Pantau Pembaharuan Lesen Rumah Urut di Klang

Posted: 29 Aug 2012 01:30 AM PDT

KLANG 29 OGOS : Semua lesen premis rumah urut, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan serta Pusat Refleksologi yang mahu diperbaharui tidak akan dilakukan serta merta seperti amalan biasa.

Sebaliknya, ia akan melalui proses permohonan semula dan akan dibawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut dan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut, Azmizam Zaman Huri berkata prosedur itu dilakukan berikutan untuk memudahkan pemantauan aktiviti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tindakan itu juga bagi membanteras kewujudan rumah urut haram yang sering diperkatakan pelbagai pihak sebelum ini.

"Dalam mesyuarat baru-baru ini, kita putuskan agar lesen premis itu tidak akan diperbaharui serta merta.

"Mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuklah lawatan pihak kami ke premis itu sebelum bersetuju untuk memperbaharui lesen mereka," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Bulanan Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini.

Beliau berkata pihak yang terlibat perlu mengikuti garis panduan baru yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Aznizam turut menegaskan semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di negeri itu dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Untuk rekod, setakat ini sebanyak 52 premis rumah urut dan 16 buah Pusat Refleksologi yang berlesen di sekitar Klang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri berkata MPK akan mengadakan operasi secara besar-besaran bagi tempoh dua bulan ini sebagai usaha membanteras kegiatan itu.

Katanya, operasi itu termasuklah menurunkan papan tanda gergasi yang menjadi penyumbang kepada kehadiran pelanggan di premis terlibat terutama sekitar Bukit Tinggi dan beberapa lokasi lain kelak.

Tambahnya, beberapa premis sudah dikenalpasti dan akan digempur habis-habisan dalam masa terdekat melalui kerjasama semua jabatan yang terlibat.

Sumber: Selangorku

Direct Free Kick

Direct Free Kick


30 Ogos 2012 - Mesyuarat tentang jenayah yang meningkat di Kg Baru Ampang.

Posted: 30 Aug 2012 06:26 AM PDT

30 Ogos 2012 - Mesyuarat tentang jenayah yang meningkat di Kg Baru Ampang.

Posted: 30 Aug 2012 04:34 AM PDT

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Organisational Chart No: ? by cerita benar

Posted: 30 Aug 2012 04:59 AM PDT

no lie

saya harap awak bukan org nya lah tapi cakap macam kenal dia je.

Jgn cakap kasar dlm law di negara tercinta kita ni di panggil peras ugut jenayah n we can trace who u are tapi kalau awak nak tolong selamatkan maskargo dari rasuah saya akan bagi banyak nama tapi confirmkan dulu awak blh tolong.

Comment on Azhari’s new reporting structure by Excuse me too

Posted: 29 Aug 2012 07:17 AM PDT

The fact is that MAS is a screwed up company long before the share swap. Why? Because it is full of unproductive and corrupt staff, including the Engineering team before Azhari came on board. All those people who are unhappy with Azhari are actually those who now cannot cari makan because Azhari is plugging the leaks and tightening the controls. Keep up the good work Azhari and dont let these crooks demoralise you. You are the only hope left for a breath of fresh air in MAS. All the best!

Comment on Azhari’s new reporting structure by love mas

Posted: 29 Aug 2012 06:06 AM PDT

Bye bye azahari the botak …. Thank you for your effort in destroying MAE …. Now you taste your own medicine … Hahahahaha … Tony is waiting for you in jakarta … For info , your new procedure is suck and your newly acting manager also good for nothing …

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Lagu Merdeka

Posted: 30 Aug 2012 02:26 AM PDT

Lagu allahyarham Sudirman Haji Arshad 'Tanggal 31' merupakan antara lagu-lagu patriotik popular yang cukup mencerminkan suara hati rakyat sehingga kini.

Lirik-lirik lagu itu menggamitkan kita 'Ramai-ramai menyambut Hari Merdeka'. Dan sambutan itu hendaklah 'Disambut dengan jiwa yang merdeka'.

Tujuan lagu-lagu bertemakan Merdeka adalah untuk melahirkan semangat patriotik cintakan Negara yang menjurus kepada membina satu 'Jiwa Merdeka' yang menjadikan setiap warga bebas dan mampu membangun – duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi – dengan bangsa negara lain.

Justeru itu pada hemat saya, lagu Merdeka seharusnya bertitik tolak dari persoalan apakah makna patriotisme dalam erti kata sebenarnya.

Patriotisme adalah semangat cinta kepada bangsa dan Negara.

Seorang patriot akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan Negara dan bukannya kepentingan individu atau sesuatu puak sahaja.

Apabila projek-projek dan pembelian harta kerajaan serta program penswastaan yang ditinggikan harganya berkali ganda dan diberikan secara murah dan mudah kepada kroni dan keluarga mereka yang berkuasa menggambarkan amalan korupsi yang merugikan rakyat dan memang bukan patriotik. Scorpene, NFC, Istijuara, PKFZ di antara senarai panjang yang bakal terpahat di dalam sejarah Negara sebagai penjarahan ekonomi besar-besaran.

Seorang patriot akan menuntut keadilan dan kesaksamaan di dalam segala peluang untuk merasai nikmat kemerdekaan termasuk nikmat kekayaan ekonomi dari bumi kita sendiri.

Bayangkan dianggarkan lebih RM1 trilion (RM1,000,000,000) telah dikeluarkan daripada sempadan Negara kita dan jika dikira dengan RM487 billion hutang Negara dan RM700 juta hutang isi rumah – membuktikan rakyat masih di'jajah', di'jaja' serta di'jarah' kekayaan yang sepatutnya dinikmati semua rakyat.

Dan apabila Pakatan Rakyat mencadangkan penghapusan tol, pendidikan percuma, gaji minima, penurunan harga minyak dan penurunan harga kereta untuk kepentingan rakyat, ia mulanya dibantah dan disanggah oleh pihak kerajaan sebagai akan membankrapkan Negara (namun kemudiannya ada juga tol yang dihapuskan, perbincangan pendidikan percuma menjadi hangat, gaji minima ditetapkan, harga minyak RON97 turun, dan difahamkan turut ada perbincangan untuk menurunkan harga kereta). Bagaimana pula dengan ketirisan dan aliran keluar wang haram tadi yang nyata lebih mampu membangkrapkan kita semua?

Seorang patriot akan melawan segala usaha untuk memecahbelahkan rakyat termasuk penggunaan propaganda hitam yang bersifat fitnah dan cubaan menanamkan rasa takut.

Menyebut tentang propaganda hitam, berita terkini mengenai seorang wartawan barat bernama Joshua Trevino yang dipecat dari akhbar Guardian telah membongkarkan amalan kerajaan BN berbelanja besar sekitar RM94 juta untuk khidmat beliau melalui syarikat FBC di dalam menghasilkan rencana TV termasuk wawancara dengan pimpinan Negara yang disiarkan di dalam saluran BBC suatu ketika dahulu amat mengejutkan rakyat yang berjiwa merdeka.

Ini adalah kerana dakyah imej antarabangsa sebuah Negara merdeka yang hendak ditonjolkan bukan menggambarkan keadaan demokrasi sebenar Negara kita tetapi ingin mengabur mata dunia dengan propaganda yang bukan sahaja direka oleh syarikat FBC tetapi juga oleh syarikat APCO seperti yang diketahui umum.

Dan amat menghinakan patriot-patriot Negara adalah fakta bahawasanya kedua-dua syarikat ini – FBC dan APCO – ada hubungan rapat dengan sebuah Negara yang masih menjajah Palestin iaitu Israel.

Bukan sahaja pengarah-pengarah APCO terdiri daripada anggota risikan dan kerajaan rejim Israel tetapi pendedahan terbaru mengenai Joshua Trevino yang bertugas dengan syarikat FBC dahulu adalah wartawan Pro-Israel yang secara terang telah menyatakan galakan beliau untuk rejim Israel menggunakan kekerasan dengan menembak flotilla kemanusian ke Gaza pada 2011.

Tetapi, jika Negara masih di dalam belengu dijajah politiknya dan dijaja ekonominya – dimanakah perginya erti sebuah kemerdekaan?

(Rencana ini pertama kali diterbitkan di Sinar Harian, 28hb Ogos 2012)

.

.


Air: Kegagalan Pahang dikesali

Posted: 29 Aug 2012 04:01 PM PDT



KUANTAN: Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar Pahang (LPPAS) melahirkan kekecewaan di atas kegagalan Kerajaan Negeri Pahang termasuklah Perdana Menteri dalam menangani krisis air yang tidak henti-henti di negeri ini.

Ia menghantui penduduk di negeri yang diketahui umum mempunyai sumber air yang banyak khususnya ketika umat Islam berpuasa termasuklah ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

"Dengan ketiadaan sumber air ketika bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri khususnya di Jengka, Kuantan malah di Parlimen Pekan baru-baru ini, jelas membuktikan Kerajaan Negeri Pahang malah Perdana Menteri selepas 55 tahun merdeka, masih gagal menyelesaikan masalah air di negeri itu.

"Agak memalukan bila Umno yang dilihat cuba memutarbelitkan isu air di Selangor dan Kelantan, rupa-rupanya tidak berupaya menguruskan keperluan asas utama itu di negeri yang diperintah mereka.

"Dengan kekuatan sumber kewangan yang mereka miliki diperingkat pusat, Umno dan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang berasal dari Pekan Pahang itu seharusnya akur bahawa isu seperti ini cukup memalukan buat beliau yang sentiasa ke hulu ke hilir menjaja program transformasi beliau," kata Andansura Rabu (gambar atas) Pengerusi LPPAS PAS Pahang.

Katanya, LPPAS Pahang juga kecewa dengan kualiti air bersih yang dibekalkan kerana terlalu keruh seperti kelodak lumpur.

(Antara laporan media ketiadaan air di negeri PM, Pahang)

"Adakah ini yang program transformasi yang dijaja Perdana Menteri kita itu? Iaitu transformasi air jernih ke air yang keruh?

"Kalau inilah program transformasi beliau, maka sudah tiba masanya rakyat Pahang melaksanakan program transformasi menukar kerajaan negeri yang sedia ada.

"Kain mereka yang terlondeh pun mereka tidak nampak tetapi sibuk dengan kain orang lain. Inilah hipokritnya mereka," ujar Andansura yang komited untuk memantau isu air ini.

Antaranya beliau komited untuk mendesak kerajaan negeri dan anak syarikat mereka iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk memperbaiki kemudahan keperluan asas ini serta perkhidmatan mereka kepada rakyat dengan seberapa segera.

Sumber : https://harakahdaily.net/index.php/headline/12757-air-kegagalan-pahang-dikesali

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Wawancara Khas Sempena Kemerdekaan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Aug 2012 06:57 AM PDT

Kos Sewa Bas Tidak Melibatkan Wang Kerajaan Negeri

Posted: 30 Aug 2012 04:37 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR
30 OGOS 2012

Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Jelajah Bas Sempena Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim 31 Ogos – 2 Sept 2012

Posted: 29 Aug 2012 11:58 AM PDT

1)    31 Ogos 2012 (Jumaat) – Pahang & Kelantan

Masa Program Lokasi Program
9.00–9.45 pg Pelancaran Jelajah Bas & Sidang Media Ibu Pejabat PKR, Merchant Square, Petaling Jaya
10.00–12.00 thgari Sambutan Eidul Fitri No 3, Taman Meranti, Bentong, Pahang
1.00–3.00 ptg 1. Solat Jumaat

2. Sambutan Eidul Fitri

1.  Masjid Bandar Benta

2.  Bilik Gerakan PR DUN Benta,      Jln Benta-Jerantut, Pahang

4.00–6.00 ptg Sambutan Eidul Fitri Pejabat Penyelia DUN Nenggiri,

Sungai Asap, Gua Musang

7.00–8.30 mlm Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Jauhar, Simpang 3, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang, Kelantan
9.00–10.00 mlm Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Macang,

Kweng Hitam, Macang,

Kelantan

9.00–12.00 mlm Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Saifuddin Nasution

3. YB Dato' Nik Amar Nik Abdullah

4. YB Fatah Mahmud

5. YB Amran Abdul Ghani

Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan

 

2)    1 September 2012 (Sabtu) – Kelantan & Perak

Masa Program Lokasi Program
8.30 – 9.30 pg Sarapan Pagi Pasar Besar Siti Khadijah,

Kota Bahru, Kelantan

11.00 – 12.30 tghari Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Cabang Jeli,

Bandar Jeli, Kelantan

1.30 – 3.30 ptg Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,

Kg Baru, Kuala Rui, Gerik, Perak

3.00 – 5.00 ptg Sambutan Eidul Fitri Pusat Khidmat Masyarakat,

Taman Tembusu, Pengkalan Hulu, Gerik, Perak

 

3)    2 September 2012 (Ahad) – Kedah & Perlis

Masa Program Lokasi Program
12.30–2.30 ptg Sambutan Eidul Fitri Belakang Mayban, Kuala Perlis, Perlis
2.00-3.30 ptg Sambutan Eidul Fitri Depan Pasaraya C-Mart, Changlun, Kedah
4.00 – 6.00 ptg Sambutan Eidul Fitri Pejabat PKR Kedah, Kompleks Perniagaan Utama, Jln Sultana Sambungan,

Alor Setar, Kedah

7.15 -8.30 mlm Solat & Tazkirah Maghrib Masjid Al-Hussin, Seberang Pumpong, Alor Setar
9.00-12.00 mlm Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YB Dato' Mahfuz Omar

3. YB Tian Chua

Perkarangan Stadium Darulaman,

Alor Setar, Kedah

 

Nuffnang