• Jalan rosak ganggu kelancaran lalu lintas
  • Keadaan kerosakan jalan juga menyebabkan air bertakung apabila hujan.
MARANG – Pengguna jalan raya berhampiran Pasar Besar Kedai Buluh dekat sini, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani masalah kerosakan jalan yang mengganggu kelancaran lalu lintas berdekatan pasar berkenaan.

Penduduk, Abdul Ghani Mohamad, 40, berkata, masalah kerosakan jalan itu bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada pengguna, malah mampu menyebabkan kemalangan menimpa pelajar dari sekolah berdekatan.

"Masalah seperti itu seharusnya dipandang serius dan ia juga bukan perkara baru dan harus ditangani segera supaya tidak mendatangkan rasa tidak puas hati pengguna selain mengelak berlaku kemalangan di lokasi jalan rosak itu," katanya.